Jika kita benar-benar mahu hidup
Mari belajar untuk memaafkan
Hidup adalah untuk hidup
Untuk mencintai dan menghargai
Keindahan dunia ini
Rasalah cinta akan setiap jiwa
Bumi ini
bukan tempat terakhir
untuk kita rehat
Kita berada di sini seketika
Hanya untuk memberi yang terbaik
Rahsia untuk menyayangi
adalah untuk memberi dan memberi
Jika kita benar-benar mahu hidup
Mari belajar untuk memaafkan
Azzahra bt Zakariah [4 Amanah]
SM Sains Batu Pahat
Dunia
Masa datang dan pergi
Seperti kita yang menjadi sebahagian daripada evolusi
Gaya hidup masa lalu
Bertukar menjadi memori lampau
Pabila kita melangkah revolusi moden ini
Seperti inovasi saintifik
Menukar kehidupan ke era yang maju
Rasa cinta sering ditolak ke belakang
Kehidupan bertukar menjadi lebih ke arah materialistik
Dengan semua gajet di sekeliling
Apa lagi yang boleh kita harapkan
Keindahan alam sering hilang
Sebagaimana mata kita tidak punya waktu
mengagumi ciptaan Tuhan yang satu
Dalam kehidupan yang tergesa-gesa ini
Manusia sering lupa nilai cinta
yang merupakan aset sebenar kita
yang telah hilang dek nafsu dan tamak dunia
Azzahra bt Zakariah [4 Amanah]
SM Sains Batu Pahat
No comments:
Post a Comment