"Mustahil untuk hidup selagi tidak tamatkannya ; 'game over' bermakna kematian "Tanpa mengetahui misteri di sebalik kebenaran permainan maya, SAO, terdapat kira-kira sepuluh ribu pemain yang log masuk bersama-sama, telah membuka tirai untuk pertempuran sampai mati ini.
****************
****************
Kai meminta bimbingan Kirito apabila dia melihat Kirito yang mempunyai personaliti yang unik berkot hitam bersendirian bertempur dengan raksasa Deliora. Kirito merupakan seorang remaja yang bermain secara solo. Dia jarang-jarang sekali bertegur pemain yang lain kerana sikapnya yang lebih suka bersendirian. Kai merupakan pemain pertama yang menegur Kirito. Kini, Kirito memberi tunjuk ajar kepada Kai tentang kemahiran bermain permainan SAO. Kai cuba untuk meningkatkan kemahirannya dengan mengalahkan Frenzy Boar, makhluk yang kelihatan seperti harimau. Dia berjaya mengalahkannya hasil daripada tunjuk ajar Kirito. Tiba-tiba, Kai teringat yang dia telah memesan pizza di dunia realiti, lalu cuba untuk log keluar. Gagal mencari butang log keluar itu, Kirito dan Kai berasa gelisah dan membincangkan implikasi "tidak dapat log keluar".
Tanpa diberi amaran, kedua-dua mereka diteleportkan ke tengah plaza 'Permulaan Kota', tempat utama di dunia SAO ini.
"Selamat datang kepada semua pemain. Saya pencipta SAO, Kayaba Akihiko. Seperti yang anda maklum, butang log keluar telah hilang. Hal ini demikian kerana sistem permainan SAO telah menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dibendung. Walaubagaimana pun, terdapat satu cara sahaja yang membolehkan anda keluar daripada permainan ini, iaitu dengan menghabiskan semua seratus aras bandar terapung Aincrad dan bertempur dengan semua bos di setiap aras. Ingin saya ingatkan, kematian di dalam permainan ini bermakna anda juga mati di dunia sebenar",
kata Kayaba yang menggunakan sistem telepati. Selepas pengumuman tergempar itu, dunia SAO menjadi huru-hara. Pemain-pemain SAO lari lintang-pukang mencari perlindungan. Kirito menyedari bahawa terdapat beberapa raksasa berhampiran 'Permulaan Kota' lalu menggesa Kai untuk meninggalkan tempat itu bersama dengannya. Kai berasa sangat gelisah terhadap rakan-rakan sebenarnya di dunia realiti lalu mencari mereka. Mereka berdua berpisah selepas Kai memutuskan untuk membantu rakannya dalam kehidupan sebenar.
****************
Hampir sebulan di dunia SAO, 3000 pemain telah pun meninggal dunia. Pemain yang tinggal dibahagikan kepada empat golongan iaitu golongan bukan pemain, ahli tentera, persatuan dan pemain solo. Kebanyakan mereka yang masih hidup sudah dapat membiasakan diri di dunia permainan maya ini.
****************
Kirito berjaya membunuh raksasa yang begitu jarang dijumpai, Ragout Rabbit. Dia kemudiannya teleport ke Algade untuk menjual daging itu. Selepas berbual dengan pemilik kedai, Agil dan berjumpa dengan Asuna, perempuan yang sungguh menawan dan sentiasa ceria, Kirito mengambil keputusan untuk tidak menjual daging itu. Dia bersetuju dengan Asuna yang ingin memasak daging itu untuknya sebagai pertukaran dia memberikan separuh daging itu kepada Asuna. Asuna yang merupakan pemimpin kedua bagi persatuan Knights Blood mengarahkan pengawal peribadinya untuk meninggalkan dia dengan Kirito pada hari itu. Bagi Asuna, pengawal peribadinya, Kuradeel sungguh menjengkelkan. Kuradeel melepaskan kemarahannya kepada Kirito selepas menyedari bahawa Kirito lah yang menambat hati tuannya itu. Bagai ayam disambar helang, Asuna menamatkan konflik ini dengan meninggalkan Kuradeel begitu sahaja.
Kirito dan Asuna teleport ke tingkat 61, tempat dimana rumah Asuna berada. Dengan tahap kemahiran memasak yang tinggi, Asuna memasak daging Ragout Rabbit itu selepas tiba di rumah. Kirito berasa kagum dengan kemahiran memasak Asuna kerana rasa masakannya sama seperti di dunia sebenar, sedap sehingga menjilat jari. Selepas mereka menikmati hidangan itu, Asuna memujuk Kirito untuk membentuk sebuah 'parti' dengannya.
****************
Kirito yang sedang berdiri, menunggu kedatangan Asuna di kota Magnolia, tempat pertemuan yang ditetapkan oleh mereka sebelum ini. Asuna yang sebelum ini melarikan diri daripada pengawal peribadinya Kuradeel tiba-tiba telah terserempak dengannya. Kuradeel berasa tidak puas hati dengan tindakan Asuna lalu cuba membawa Asuna kembali kepada ibu pejabat persatuan mereka. Kirito yang menyedari kehadiran mereka telah campur tangan dalam hal itu dan mencabar Kuradeel untuk satu lawan satu. Pertarungan itu berakhir dengan begitu pantas sekali. Kirito dengan mudahnya memenangi pertarungan itu apabila dia menggunakan serangannya, 'Flash', serangan yang mampu membunuh 77 haiwan liar serentak. Kuradeel berasa bengang dengan kekalahannya dan cuba mengancam Kirito untuk dibunuh. Asuna dengan tegasnya mengarahkan Kuradeel untuk pulang ke Granzam dan meminta maaf kepada Kirito atas sikapnya yang melampau di samping mengganggu ketenteraman orang ramai. Kuradeel patuh lalu meninggalkan mereka dengan rasa dendam.
****************
Knights Blood merupakan persatuan yang terbaik selama setahun ini. Pemimpin pertama atau ketua persatuan ini sangat dikenali oleh semua pemain SAO. Dialah lagenda pemain SAO, Sergio. Asuna juga merupakan salah seorang lagenda pemain SAO kerana dia diantara salah satunya pemain SAO perempuan yang paling lama bertahan. Kini, Kirito dan Asuna yang bagai isi dengan kuku terus bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menghadapi segala cabaran di permainan SAO ini. Kedua-dua mereka memaparkan kerja berpasukan yang sungguh cemerlang dengan kemahiran mereka yang dikenali sebagai 'switching'. Hasil daripada itu, mereka kini telah berjaya mencapai aras 74 bersama dengan beberapa pemain SAO yang handal.
****************
Kirito dan Asuna berehat seketika di zon selamat sambil makan sandwich buatan Asuna. Kirito sekali lagi berasa amat kagum dengan kemahiran memasak Asuna yang sesedap di dunia sebenar.
"Hai! Kirito!", suara yang datang dari jauh kedengaran. Senyuman lebar jelas kelihatan di wajah Kai, rakan pertama Kirito di permainan SAO ini. Kai yang kebetulan lalu disitu terserempak dengan mereka berdua. Kendatipun begitu, perbualan mereka tertangguh oleh sebab kehadiran sekumpulan tentera. Tentera itu ingin mendapatkan data pemetaan daripada Kirito yang berpengetahuan tinggi dalam permainan SAO. Mereka kemudiannya berarak jauh ke dalam Labyrinth. Kirito, Asuna dan Kai mengambil keputusan untuk mengikuti mereka kerana mereka khuatir yang tentera itu ingin mencabar bos yang begitu kuat itu sendiri walaupun mereka sudah diberi amaran awal.
Pasukan tentera itu betul-betul telah mencabar bos dan kini terseksa dengan kesilapan mereka. Penggunaan kristal telah dilarang di dalam bilik bos itu dan 'Gleam Eyes' juga telah menyekat jalan keluar. Kirito dan yang lain masuk ke dalam bilik bos itu memberikan bantuan. Bos yang begitu kuat itu telah membuatkan Kirito terpaksa menggunakan rahsia kemahirannya iaitu 'Dual Blade'. Kemahiran yang begitu hebat itu tiada siapa-siapa pun yang pernah melihatnya sebelum ini. Kirito berjaya mengalahkan bos di aras itu sehingga bar 'HP'nya berada di zon merah. Dengan kata lain, nyawanya persis nyawa-nyawa ikan.
****************
Kirito yang hampir mati akibat pertempurannya yang lalu akhirnya terjaga di sisi Asuna. Asuna menangis teresak-esak melihat keadaan Kirito. Anggota tentera yang masih hidup telah pulang ke pangkalan mereka untuk melaporkan kejadian itu dan sebagai tanda penghormatan, mereka memberikan pelepasan ke aras seterusnya kepada Kai dan rakan-rakannya. Asuna membuat keputusan untuk berehat seketika daripada persatuan Knights Blood demi berada di sisi Kirito untuk jangka masa yang lebih lama.
Selepas kemahiran 'Dual Blade' dikenali orang ramai, kemasyhuran Kirito naik secara mendadak. Kirito bersembunyi daripada orang ramai di kedai Agil. Satu masalah baru timbul apabila Sergio si lagenda ingin bertarung dengan Kirito yang begitu masyhur sekarang demi Asuna.
****************
Hari ini merupakan pesta kemuncak bagi pertarungan antara kemahiran 'Dual Blade' dan 'Holy Sword', kemahiran Sergio yang terhebat dikenali ramai. Kirito dengan berbesar hatinya menyahut cabaran Sergio untuk menentangnya dengan syarat Asuna disarakan daripada persatuan Knights Blood sekiranya dia menang dan sekiranya dia kalah, dia akan menyertai persatuan Knights Blood ini. Perlawanan itu begitu sengit sehinggakan tiada siapa yang boleh meramalkan pemenangnya. Kedua-dua mereka begitu bersemangat dan hampir sama kehebatannya. Kendatipun begitu, pertarungan itu berakhir juga dengan kekalahan Kirito. Si lagenda Sergio menamatkannya dengan kemahiran yang hampir mustahil dilakukan oleh mana-mana pemain SAO iaitu kemahirannya yang baru bernama 'Living Legend'.
****************
Seperti yang dijanjikan, kini Kirito merupakan salah seorang ahli persatuan Knights Blood. Kirito tidak begitu suka dengan pakaian seragamnya yang baru berwarna putih, kerana selama ini dia sentiasa memakai kot hitamnya yang biasa-biasa sahaja. Kirito tiba-tiba teringat akan peristiwa lalu. Ya, sebenarnya sebelum ini Kirito pernah menyertai sebuah persatuan kecil yang bernama Cait Shelter. Asuna terperanjat mendengar pengakuan Kirito yang dahulunya pernah menyertai persatuan. Walau bagaimanapun itu semua merupakan pengalaman pahit bagi Kirito. Kirito masih mempercayai bahawa dia yang menyebabkan semua ahli persatuannya mati. Asuna cuba untuk memahami Kirito yang dalam kesedihan lalu menenangkan hati Kirito yang rasa serba salah.
Pada hari pertama bekerja sebagai salah seorang ahli persatuan, Kirito terpaksa menghadiri kursus latihan untuk membentangkan kemahirannya. Rasa kecewa menyelubungi Kirito apabila dia terpaksa bekerja bersama-sama orang yang tidak disenanginya, Kuradeel.
****************
Selepas berjaya menamatkan misi, Kirito, Kuradeel dan ahli-ahli lain meneruskan pengembaraan mereka ke aras 80. Pada masa rehat semasa perjalanan ke sana, Kuradeel akhirnya menunjukkan belangnya, Kuradeel sebenarnya merupakan ahli terakhir bagi persatuan Dark Evil, persatuan pembunuh elit. Dia cuba membunuh semua ahli persatuan satu demi satu dengan meletakkan racun yang begitu efektif ke dalam minuman. Semua ahli persatuan mengerang kesakitan akibat minuman yang beracun itu. Kuradeel mengambil kesempatan itu dengan menikam mereka satu demi satu sehingga meninggalkan Kirito bersendirian dengannya.
Walaupun separuh lumpuh, Kirito bergelut berhampiran kematian melawan Kuradeel. Tiba-tiba, Kuradeel ditendang dari belakang oleh Asuna yang melompat ke arahnya. Asuna dengan pantasnya memberi Kirito penawar bagi racun itu, 'Healer Beans' yang mampu menjadi penawar bagi apa-apa racun sekali pun. Kirito akhirnya pulih lalu menikam Kuradeel di dada jauh ke dalam. Kuradeel akhirnya mati di tangan Kirito.
Asuna dan Kirito melaporkan kejadian itu kepada Sergio lalu meninggalkan persatuan itu dengan kebenaran daripada Sergio. Kirito tidak mahu bersendirian lagi pada masa ini, dia ingin hidup bersama-sama dengan Asuna dan melindunginya. Kirito membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Asuna dan akhirnya melamar dia untuk berkahwin dengannya.
****************
Sebulan sudah berlalu, Kai dan Agil adalah antara golongan pemain tahap tinggi yang mampu menewaskan 100 ekor raksasa secara solo, termasuk juga Kirito, Asuna dan Sergio. Kini, mereka bersama dengan 32 pemain yang lain berada di pintu gerbang yang istimewa iaitu Corridor Crystal bagi melawan bos di aras 98. Dalam bilik terpencil, pertempuran melawan Skull Reaper, raksasa yang berbentuk seperti rangka lipan bermula. Skull Reaper mampu membunuh seorang pemain dengan sekali serangan sahaja.
Pertempuran itu berlaku selama lebih daripada sejam sehingga kejatuhan Skull Reaper, bos dahsyat yang telah menghapuskan 24 pemain. Pemain SAO kini berasa khuatir sekali sama ada mereka mampu untuk menamatkan permainan maya ini atau tidak. Hal ini demikian kerana mereka yakin kesukaran dan kematian pasti akan bertambah dalam pertempuran akan datang.
Tanpa diduga, Kirito menyedari suatu perkara yang dia sendiri tidak ingin mempercayainya. Sergio si lagenda sebenarnya merupakan pencipta bagi permainan SAO ini iaitu Kayaba. Kirito dapat mengetahui hal ini apabila Sergio menunjukkan kemahirannya yang sama sekali mustahil dilakukan oleh pemain SAO dalam permainan maya ini. Sergio kagum terhadap Kirito. Sekali lagi, dia mencabar Kirito dengan pertarungan satu lawan satu demi membebaskan semua pemain kembali ke dunia realiti. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Kirito mengambil peluang ini dan menerima cabaran Sergio.
Pertempuran itu begitu sengit kerana kedua-dua mereka mempercepatkan kemahiran mereka untuk serangan yang lebih pantas. Pertarungan itu berterusan dengan lama sehingga Kirito akhirnya tersilap langkah kerana terlampau mempercayai sistem panduan kemahiran untuk berlawan. Pertarungan itu hampir tamat tetapi malangnya kejadian yang mustahil telah berlaku. Pertarungan yang sepatutnya satu lawan satu itu telah dimasuk campur oleh Asuna. Serangan terakhir Sergio yang boleh menghabiskan nyawa Kirito telah diarahkan kepada Asuna yang cuba melindungi Kirito. Serangan itu telah menghabisi nyawa Asuna, dia terkorban di lengan Kirito.
Selepas kehilangan Asuna, Kirito yang hanya nyawa-nyawa ikan telah hilang akal dan berjuang mati-matian. Dia sudah tidak peduli dengan nyawanya lagi. Sergio menusuk Kirito dengan pedangnya. Pada masa yang sama, Kirito sempat melakukan serangan terakhirnya dengan menikam organ penting Sergio dengan menggunakan pedang Asuna yang berdekatan dengannya. Pertarungan itu menyebabkan kedua-dua pemain tersebut mati. Kendatipun begitu, bos terakhir telah berjaya disingkirkan dan permainan SAO ini hampir sampai ke titik akhirnya.
****************
"Dimanakah aku sekarang? Oh, aku sudah mati.", Kirito mendapati dirinya merenung istana yang diperbuat daripada keluli di dunia yang lain, dunia dimana pemain-pemain SAO yang sudah mati semasa pertempuran. Kelihatan Asuna berada disampingnya. Kedua-dua mereka melihat fasa terakhir permainan SAO ini, iaitu kemusnahan Aincrad. Tidak lama kemudian, Kayaba muncul dihadapan mereka berdua. Kayaba mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan permainan SAO, dia juga berasa amat kagum dengan kehebatan mereka bertempur di permainan maya ini. Dia kemudiannya meninggalkan pasangan kekasih itu, Kirito dan Asuna untuk pulang ke dunia sebenar.
****************
Kirito akhirnya dibebaskan daripada permainan SAO. Selepas mendapati dirinya di hospital, dia lalu meninggalkan katilnya dengan segera. Tubuhnya lemah tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk mencari Asuna kembali ke tangannya.
-TAMAT-
Azzahra bt Zakariah [4 Amanah]
SM Sains Batu Pahat

No comments:
Post a Comment